Friday, 8 June 2012

khilaf ku

Kematian...semua orang akan lalui fasa kematian..tak terkecuali aku...semua yang hidup pasti akan mati...cuma bila dimana bagaimana sahaja kita tidak tahu...itu semua urusan-NYA...dan hari ini salah seorang rakan sekelas aku kehilangan seorang ayah kesayangannya...aku pasti berita yang diterimanya bukan satu benda yang mudah untuk kita menerima dengan hati yang tenang dan redha akan pemergiannya...tambahan pula ia terjadi secara mengejut...aku yang baru masuk dalam kelas dalam keadaan termegah-megah sebab terpaksa menggunakan tangga kerana kotak ajaib (lift) Menara SAAS penuh dengan manusia yang berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi dituju...jadi aku pun mengalah laaa....guna la tangga sebab senaman pagi aku....

dan sememangnya aku bukan la seorang yang pandai memberi nasihat atau apa-apa yang boleh menenangkan seseorang...tapi kalau memburukan keadaan memang aku terhandal...dan perkara ini juga la yang terjadi bila rakan sekelas aku yang sudah terbaring sambil dipangku oleh rakan yang lain menangis akan pemergian ayah nya..aku tidak kisah kalau dia menangis tapi aku cuma tak boleh terima kalau dia tidak percaya yang ayah nya sudah tiada...dan aku pun cakap la yang dia tidak boleh macam ni...aku pun suruh la dia sedekahkan surah al-fatihah kat ayah dia...dan dia makin kuat menangis...dan aku rasa tindakan aku betul..sebab dia seolah-olah tidak menerima hakikat yang ayahnya sudah tiada...

setelah dia dipimping keluar..aku terfikir semula..adakah tindakan aku itu betul atau tidak...aku tanya la kat aswin betul ke tindakan aku tadi...dan dia pun berfikiran sama macam aku...tapi bila aku tanya afy...dia cakap..bila aku cakap macam itu kat rakan aku tadi semua orang terkejut...aku tak patut cakap macam tu sebenarnya..dia cakap yang ayah dia masih hidup kakak dia cuma bohong sahaja...sebaba dia nak menenangkan hati dia...dan dia akan terima hakikat bila dia sudah perkara sebenar di rumah nanti...dan dia cakap lagi aku tak rasa lagi bila ayah kita sendiri yang tiada....jadi aku tak sepatutnya cakap macam tu...pada masa yang sama aku rasa aku bersalah sangat pada rakan aku tadi...

waktu kelas maf...bila orang lain buat perbentangan aku keluar dan duduk dekat hujung tangga aras...bila aku sudah mula menitiskan airmata..aku rasa seperti mahu menjerit sekuat hati sahaja...sudah lama aku tidak menangis...dan aku rasa bersalah sangat dan ada juga terdetik di hati aku yang aku tidak mahu cakap lagi dengan dia lagi...aku tak mahu buat dia terasa hati dengan aku...kadang kala aku terfikir juga...kenapa fikiran aku tidak sama dengan orang lain...kenapa mereka yang lain boleh sependapat tapi aku tidak...kadang kala bila dalam perbincangan berkumpulan juga sama...bila aku menyuarakan pendapat aku yang aku rasakan rational tapi mereka tidak merasakan yang pendapat itu rational...dan aku pun terpaksa mengalah..dan apa yang aku boleh katakan ialah...mengalah itu memang sakit..tapi nak buat macam mana kan...kerelaan dalam keterpaksaan jadinya...

aku harap rakan ku..kau tabahkan hati...redha akan ketentuanNYA...perbanyakkan la bersedekah al-fatihah..kerana matinya ibubapa hanya anak yang soleh/solehah la penyelamat baginya...Al-Fatihah...

p/s: dan rakan ku...maaf daku untuk mu atas khilaf ku tadi (^_^)


2 comments:

  1. actually cikpah, apa yang cikpah pikir tu betul. tapi maybe cara cikpah tu tak kena and timing pun tak kena. dia tengah terkejut kan, take time untuk dia hadam benda tu :)

    ReplyDelete